Friday 27 January 2012

Resepi Sup Ayam Haadyai

Resepi Sup Ayam Haadyai





resepi sup ayam Haadyai


800 g ayam, dipotong sederhana besar ( saya
 guna 500 g ekor lembu + 300 g  daging lembu )
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2 – ( saya guna daun
 sup dan daun bawang je… bahan tabur )
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi
 asal tak letak)
5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA


1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis
 rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar 
halus hingga harum.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga
 ayam kecut kurang lebih 5 minit.
4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih
 hingga ayam masak.
5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula
 sebagai pemangkin.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng
 sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..




Sebenarnya asal-asal resepi ni  adalah Sup Ayam Hadyai….. Saya terbaca n3
 mengenainya kat rumah Mat gebu, Hana, Yatie
 (USA), inahar dan izadaut….. Actually dah 
lama nak try resepi ni… tapi asyiklah tertangguh2!! 
Teramatlah ‘forfular’ sup ni …. dan semua orang kata sup ni ‘maverlesss’!!. 
Time saya nak try buat… stock ayam kat peti sejuk pulak dah habis!!!! Huaalahhh….
 malehnya nak pergi kedai depan carik ayam…. teringat ekor lembu yang my husben
 beli kat pasar tani semalam!!!! Belasah jo!!… memang pun saya beli ekor lembu ni 
semata-mata untuk buat sup….. buat hujung minggu bersama anak-anak dan 
husbenn tercinta!!!  Hujung minggu biasanya kalau tak keluar jalan-jalan kami
 masak sedap-sedap…. pastu melepak depan tv…. lepastu tidur!!! Aktiviti yang
 menjadi rutin… dari dulu sampai sekarang!!!!!!


Berbalik cerita pasal sup ni…….Wah!!!
 betul betul terangkat lah sup ni!!!!  Memang 
betul lah kata orang-orang yang telah mencubanya!!!
 Saya buat sambal kicap cam yatie punye….. makan sampai berpeluh-peluh!!! 
Sapa tak dapat makan sup ni… nangisssss!!!!…. Next time nak buat kat ayam lak!!!
  Apa-apa pun layan je resepinya kat bawah!!! try tau…. jangan tak try……..








Resepi Sup Ayam Haadyai






klik sini


beliemas.com
http://beliemas.com

No comments:

Post a Comment