Friday 27 January 2012

Skim pembiayaan khas penjualan rumah beroperasi 1 Mac: Najib

Skim pembiayaan khas penjualan rumah beroperasi 1 Mac: Najib





Skim pembiayaan khas penjualan rumah beroperasi 1 Mac: Najib




2012/01/28


KUALA LUMPUR: Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan
 Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam
 DBKL yang diwujudkan untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah
 di kawasan ibu negara, akan mula beroperasi 1 Mac ini. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Jemaah Menteri pada 18 
Januari lalu bersetuju dengan skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah 
Persekutuan


Dan Kesejahteraan Bandar itu. Beliau berkata, ia akan dikendalikan Syarikat 
Perumahan Wilayah Persekutuan
yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana 
pembiayaan 
daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 (KWSP). 


"Melalui skim khas ini, masalah memperoleh pinjaman diyakini dapat diatasi 
dan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki 
rumah. 
"Saya yakin melalui skim ini, bakal pembeli akan lebih mudah membeli dan 
memiliki rumah serta dapat mengatasi pelbagai kerenah dalam memperoleh pinjaman 
yang dihadapi selama ini," katanya ketika berucap pada pelancaran Sambutan Hari 
Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. - BERNAMA 


Skim pembiayaan khas penjualan rumah beroperasi 1 Mac: Najib








klik sini


beliemas.com

No comments:

Post a Comment