Thursday 29 March 2012

Godam e-mel songlap duit

Godam e-mel songlap duit
Godam e-mel songlap duit
          
KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan Internet didalangi warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘African Scam’ kini dikesan menggunakan modus operandi baru dengan menggodam e-mel syarikat penjual barangan antarabangsa bagi mencuri maklumat pelanggan perniagaan mereka sebelum digunakan untuk berurusan seperti syarikat asal.


Pelanggan berkenaan yang diperdaya diarah membuat bayaran pembelian dalam satu akaun baru menggunakan nama warga tempatan di Malaysia sebelum wang dibayar itu dikeluarkan dan dipindahkan pula ke akaun bank milik sindiket terbabit. 


Taktik terbaru didalangi warga Nigeria itu tidak lagi menjadikan negara ini sebagai sasaran untuk mencari mangsa, tetapi lebih kepada pusat pengumpulan wang hasil penipuan syarikat dari seluruh dunia dengan menjadikan wanita tempatan sebagai ‘keldai akaun’.


Difahamkan setakat ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah mengesan enam kes sejak Januari lalu membabitkan pelbagai syarikat antarabangsa, termasuk dari Itali, Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia dengan anggaran kerugian bernilai jutaan ringgit.




Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket terbabit memintas e-mel syarikat perniagaan antarabangsa dengan mencuri maklumat aktiviti perniagaan antara syarikat penjual dan pembeli






Godam e-mel songlap duit




KLIK SINI
BELIEMAS.COM

Tuesday 20 March 2012

Misteri ‘van putih’ kembali

Misteri ‘van putih’ kembali


Misteri ‘van putih’ kembali


HILANG...Zahedi menunjukkan gambar Nazatul Fadiana yang ditemui di Bangkok.
SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.


Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.




Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.


“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.


Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.


Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.




Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.


“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.


Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.


“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.


Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.




Misteri ‘van putih’ kembali





klik sini 
beliemas.com

Monday 19 March 2012

HARGA EMAS KAMI

HARGA EMAS KAMI

KEDAI EMAS SA JEWELLERY
no 54 jalan besar pekan kajang selangor
(sebelah billion pekan kajang )


Produk 999
RantaTangan Pasir Padu (999) 50g RM 185.55
Rantai Tangan Pasir Padu (999) 100g RM 184.60
Rantai Tangan Gajah Padu (999) 50g RM 184.60
Rantai Tangan Gajah Padu (999) 100g RM 183.64


Produk 916
Rantai Tangan Pasir Padu (916) 50g RM 175.39


Produk Gold Bar
PAMP S.A. 999.9 100g RM 181.56


Kemas Kini Pada: 2012-03-20. Waktu: 12:32:24

SEBARANG PERTANYAAN ATAU URUSNIAGA SILA HUBUNGI
- SHAM 017-2040730


KLIK SINI!!!!

Sunday 18 March 2012

Hajat sebelum ajal

Hajat sebelum ajal
Hajat sebelum ajal


PULANGLAH...Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.
KUALA LUMPUR: “Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya 
satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas 
terpisah sejak 10 tahun lalu.
“Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai,” kata Hashimah Abdul Manan, 
51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah
 sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap
 akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta
 bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.
Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat 
anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.
“Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, 
tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.
“Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka 
yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. “Ketika itu,
 kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang 
mengambil isterinya,” kata Hashimah ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus 
dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.
Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini 
berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15,
 dan Aminuddin Zulkifli, 13.
“Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu 
dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka,” katanya.
Mengimbas kisah hidup Ros, Hashimah berkata, sejak berpisah dengan suami dan anaknya,
 hidup adiknya itu menjadi tidak menentu dan kesihatannya juga terjejas. Menurutnya, 
daripada seorang yang ceria dan peramah, Ros bertukar menjadi pendiam dan mengalami
 tekanan perasaan hingga terpaksa dibekalkan ubat penenang.
“Sehinggakan apabila bertemu anak keempat saya yang lebih kurang dengan umur 
anaknya, Ros akan menangis kerana terlalu merindui anaknya.
“Ros suka memendam perasaan dan jarang sekali dia menceritakan masalahnya,
 tapi saya mengetahui jauh di dalam hatinya dia begitu berharap dapat bertemu 
semula dengan anaknya,” katanya.
Hashimah berkata, penyakit adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu
 hanya dikesan tiga minggu lalu dan ketika itu ia sudah di tahap akhir, itu pun selepas
 keluarga memaksanya menjalani pemeriksaan kerana keadaan kesihatannya makin merosot.
“Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan.
 Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan
 kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan
 nafas terakhir,” katanya.


Hashimah berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat
 anak Ros dapat menghubunginya di talian 012-3948980 atau 016-3355921.




Hajat sebelum ajal




klik sini 
beliemas.com

Friday 16 March 2012

Bunuh Isteri Hamil

Bunuh Isteri Hamil




Selimut balut mayat isteri

KUALA LUMPUR: “Dia menelefon saya dan berkata aku dah bunuh isteri aku. Suaranya teresak-esak seperti menangis. dan selepas itu panggilan terputus,” kata rakan baik kepada seorang suami yang menikam isterinya bertubi-tubi hingga mati di rumah mereka di tingkat 8, Blok B, Pangsapuri Permai, Sungai Besi, petang semalam.

Bunuh Isteri Hamil


klik sini 
beliemas.com

Shiro Juara !

Keputusan Raja Lawak 6 Final Akhir
Keputusan RajaLawak 6 Akhir – Shiro Juara !
 Shiro Juara !


Selepas 10 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Raja Lawak 6 berjaya menjadi milik kumpulan Shiro apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada malam Jumaat 16 Mac 2012


Kemenangan Shiro yang terdiri daripada Shahrol dan Ajak berasal dari Johor melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000


Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Zero dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Cuit mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM30,000


Tempat ke-4 jatuh kepada kumpulan 2Yol membawa pulang wang RM10,000.Setiap pemenang mendapat hadiah barangan sumbangan Astro selain daripada wang tunai


Kesemua peserta peringkat akhir diberi tugasan membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.


Peserta finalis,masing-masing mendapat komen yang positif daripada juri Raja Lawak musim keenam


 Shiro Juara !





KLIK SINI
BELIEMAS.COM

Friday 9 March 2012

Kejar penyamun berpisau Rambo

Kejar penyamun berpisau Rambo



KUALA LUMPUR: Meskipun sudah kehilangan telefon bimbit dan barang kemas, seorang lelaki berusia 40-an bertindak nekad mengejar seorang lelaki berjaket hitam yang menyamunnya dan beberapa pelanggan lain bersenjatakan pisau Rambo di sebuah farmasi di Lucky Garden, Bangsar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 49, baru masuk ke kedai berkenaan bersama isterinya.


Katanya, saya dan isteri terpaksa menyerahkan semua barangan bernilai RM2,000 sebelum diarah masuk ke dalam stor.

“Ketika itu ada lima pelanggan dan tiga pekerja farmasi sudah dikurung dalam stor itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Mangsa yang geram kerana kehilangan banyak barangan termasuk barang kemas dan telefon bimbit ditambah hanya dia lelaki di dalam stor berkenaan, Chen mengejar lelaki itu yang kemudian menaiki motosikal ditunggang rakan yang menunggu di luar kedai.


Katanya, dia mengejar hingga ke jalan utama, bagaimanapun dua lelaki itu berjaya melarikan diri.

Sementara itu, juruwang farmasi berkenaan, Suhana Suria, 19, berkata suspek masuk ke kedai berkenaan dengan memakai topi keledar bertutup dan jaket hitam.


Katanya, sebaik masuk, dia meletakkan pisau Rambo di kaunter pembayaran sebelum mengarahkannya mengeluarkan semua wang.

“Lelaki itu tahu selok-belok dalam kedai ini, malah mengetahui kedudukan peti simpanan wang di belakang kedai.


“Berdasarkan percakapannya, saya yakin dia rakyat tempatan dan kami kehilangan barang kemas dan wang tunai lebih RM15,000,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan sebuah pasukan peronda bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai.


Katanya, siasatan lanjut dijalankan berhubung kejadian berkenaan.


Kejar penyamun berpisau Rambo



klik sini 

Thursday 8 March 2012

‎~Teristimewa Untuk Isteri Tersayang~

‎~Teristimewa Untuk Isteri Tersayang~



Teristimewa Untuk Isteri Tersayang



Sudah menjadi kehendak Allah memberinya cubaan berupa penyakit barah yang bersarang dan sudah bertahun-tahun ia rasakan. Ini adalah cerita kisah seorang gadis yang bernama Munirah. Kisah ini diriwayatkan oleh zaman ke zaman, diiringi dengan tangisan burung dan ratapan ranting pepohonan.


Munirah adalah seorang gadis remaja yang cantik. Sebagaimana yang telah dikatakan, sejak kecil ia sudah mengidap penyakit barah. Sejak usia kanak-kanak ia ingin bergembira, bermain, bergurau senda dan bersiul seperti burung sebagaimana anak-anak yang seusianya. Bukankah ia juga berhak merasakannya?


Sejak penyakit itu menyerangnya, ia tidak dapat menjalankan kehidupan dengan normal seperti orang lain, walaupun ia tetap berada dalam pengawasan doktor dan bergantung dengan ubat dan rawatan susulan.


Munirah hidup membesar seiring dengan penyakit yang dideritanya. Ia menjadi seorang remaja yang cantik dan mempunyai akhlak mulia serta taat beragama. Meski dalam keadaan sakit namun ia tetap berusaha untuk mendapatkan ilmu dan pelajaran dari mata air ilmu yang tak pernah habis. Walau terkadang bahkan sering penyakit menerjah tiba itu yang memaksanya ia terbaring di tempat tidur selama berhari-hari.


Selang beberapa waktu atas kehendak Allah seorang pemuda tampan datang meminang, walaupun ia sudah mengetahui mengenai penyakitnya yang teruk itu. Namun semua itu sedikit pun tidak mengurangi kecantikan, agama dan akhlaknya…kecuali kesihatan, meskipun kesihatan adalah satu hal yang sangat penting. Tetapi mengapa?


Bukankah ia juga berhak untuk menikah dan melahirkan anak-anak yang akan mengisi dan menyemarakkan kehidupannya sebagaimana layaknya seperti wanita lain?
Demikianlah hari berganti hari bulan berganti bulan si pemuda memberikan bantuan agar si gadis meneruskan rawatannya di salah sebuah Hospital terbaik di dunia. Tambahan pula dengan dorongan moral yang selalu ia berikan.


Hari berganti dengan cepat, tibalah saatnya persiapan majlis pernikahan dan untuk menempuh bahtera rumah tangga.


Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, calon suaminya pergi untuk menanyakan persiapan gaun pengantin yang sudah di tempah kini berada di butik pengantin masih lagi dalam proses menjahit khas untuk isteri kesayangannya. Gaun tersebut sudah siap namun masih tergantung di depan butik terkenal itu. Gaun tersebut mengandungi terlalu banyak makna kecantikan dan kelembutan serta keayuan seorang gadis. Tiada seorang pun yang tahu bagaimana perasaan Munirah bila melihat gaun tersebut siap.


Pastilah hatinya berkepak bagaikan burung yang mengepakkan sayap putihnya mendekap langit dan memeluk ufuk nan luas. Ia pasti sangat bahagia bukan kerana gaun itu, tetapi kerana beberapa hari lagi ia akan memasuki hari yang terindah di dalam sepanjang kehidupannya. Ia akan merasa ada ketenangan jiwa, kehidupan mulai tertawa untuknya dan ia melihat adanya kecerahan dalam kehidupan masa depan bersama suami tercinta.


Bila gaun yang indah itu dipakai Munirah, pasti akan membuat penampilannya laksana putri salju yang cantik jelita. Kecantikannya yang semula jadi anugerah Ilahi menjadikan diri semakin elok, anggun dan menawan.




Walau gaun tersebut terlihat indah, namun masih di perlukan sedikit pembaikan. Oleh kerana itu gaun tersebut masih ditinggalkan di butik. Sang calon suami berjanji akan mengambilnya besok. Si penjahit meminta dan berjanji akan menyelesaikannya tiga hari lagi. Tiga hari berlalu begitu cepat dan tibalah saatnya hari pernikahan, hari yang di nanti-nantikan Munirah. Hari itu Munirah bangun lebih awal dan sebenarnya malam itu ia tidak tidur. Kegembiraan membuat matanya tak terpejam. Yaitu saat malam pengantin bersama seorang pemuda yang terbaik akhlaknya.


Si pemuda menghubungi calon isterinya, Munirah diberitahukan bahwa setengah jam lagi ia akan pergi ke butik untuk mengambil gaun tersebut agar Munirah dapat mencubanya dan lebih mengembirakan bahwa gaun itu adalah khas untuknya. Pemuda itu pergi ke butik dengan menaiki keretanya dengan perasaan yang sangat gembira tanpa ia sedar kelajuan keretanya melebihi dari biasa kerana terdorong perasaan bahagia dan gembira akan majlis tersebut yang merupakan peristiwa terpenting dan paling berharga bagi dirinya, demikian juga halnya bagi diri Munirah.


Karena kelajuan dengan sikap terburu-buru tambahan dengan jiwa yang melayang akan hari bahagia, kereta yang di pandunya terbabas lalu terbalik berkali-kali. Setelah itu kereta ambulans datang dan membawanya ke Hospital. Namun kehendak Allah berada di atas segalanya, beberapa saat kemudian si pemuda pun meninggal dunia. 


Sementara telefon di butik berdering menanyakan tentang pemuda itu. Si penjahit di butik memberitahu bahwa sampai sekarang ia belum juga sampai ke sini padahal sudah berjanji akan mengambilnya sendiri.


Akhirnya pekerja butik itu tiba membawa gaun itu ke rumah calon pengantin wanita. Mereka memintanya jika pemuda itu ke butiknya segera memberitahu si pemuda bahwa Munirah tiba-tiba pengsan dan sekarang sedang dibawa ke Hospital. Kali ini sakitnya tidak memberi Munirah banyak kesempatan. Sebelum ini sakit tersebut seakan masih memberi berbelas kasih kepadanya, tidak ingin Munirah merasa terlalu tersiksa. Namun sekarang rasa sakit itu benar-benar membuat derita dan kesengsaraan yang melebihi penderitaan yang ia rasakan sepanjang hidupnya yang selama ini.


Selang beberapa minit kemudian semua keluarga mendapat khabar berita kematian si pemuda di Hospital dan tak lama setelah itu datang pula berita kembalinya sang calon pengantin perempuan ia itu, Munirah. Jenazah mereka telah di sempurnakan pada majlis itu juga yang pada mulanya menjadi majlis pernikahan namun bertukar pada majlis tahalil kematian dan makam mereka di susun bersebelahan agar tidak jauh terpisah biarpun apa yang di tetapkan Ilahi itu tidak terlaksana namun sejuta hikmah apa yang ada pada setiap peristiwa itu kerna Allah Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambanya.


Demikian kesedihan yang menimpa dua insan, bunga-bunga seakan telah layu dan mati, burung-burung berkicau sedih dan duka terhadap mereka. Malam yang diangan-angankan akan menjadi paling indah dan berkesan itu, berubah menjadi malam kesedihan dan ratapan, malam hilangnya kegembiraan.


Kini gaun pengantin itu masih tergantung almari kaca di hadapan butik. Tertulis pada hadapan cermin pameran (Bukan Untuk Dijual) di bawah gaun tersebut tertulis Teristimewa Untuk Isteri Tersayang. Tiada akan ada yang memakai dan selamanya akan menjadi barangan perhiasan yang tercantik di butik tersebut. Seakan gaun itu bercerita tentang kisah sedih Munirah. Setiap yang melihatnya pasti akan bertanya-tanya, siapa pemiliknya.?








Teristimewa Untuk Isteri Tersayang










klik sini
beliemas.com

Tuesday 6 March 2012

"King2Hearts"

 "King2Hearts"


Get Excited! New to View on Maaduu next week -
 "King2Hearts" Starring Lee Seung Ki and Ha Ji Won Daebak! ♥♥




 "King2Hearts"



klik sini 
beliemas.com

Ustaz sekolah agama dipenjara 18 tahun

Ustaz sekolah agama dipenjara 18 tahun


Ustaz sekolah agama dipenjara 18 tahun




ALOR SETAR - Seorang ustaz sebuah sekolah rendah agama di Arau, Perlis dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tahun lepas.   


Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab yang menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Hanif Mohd Ali, 28, berkata hukuman berjalan daripada tarikh tertuduh ditahan pada 1 April 2011.   


Semalam, Hanif mengaku melakukan perbuatan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara 6 petang dan 12 tengah malam.   


Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.   


Mohd Zaki semasa penghakimannya, berkata hukuman dijatuhkan setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh dan diharap dapat menjadi pengajaran kepada sesiapa yang ada kuasa mendisiplinkan pelajar agar lebih berhati-hati serta tidak bertindak berlebihan ketika mendidik.    


"Apa yang dilakukan mestilah berkonsep mendidik dan bukan tindakan di luar perikemanusiaan... tidak harus bertindak melulu dan melampau. Harus diingat si mati masih kecil, manja dan bersaiz kecil," katanya.   


Mohd Zaki berkata sebagai pendidik, tertuduh seharusnya perlu lebih banyak bersabar dalam menjalankan tugas tersebut.    


Sebelum mengakhiri penghakimannya, Mohd Zaki turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menyelesaikan kes itu dalam masa yang singkat.   


Tertuduh yang memakai kemeja putih, berseluar kelabu serta berkopiah dilihat berpelukan dengan beberapa sahabatnya sambil menangis selepas penghakiman terhadapnya selesai.   


Sebelum ini, Hanif dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.    


Pertuduhan itu dipinda kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ketika mahkamah memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada Isnin.   


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Najib Zakaria, Nadia Hanim Mohd Tajuddin dan Azhar Mokthar, manakala tertuduh diwakili lima peguam terdiri daripada Arif Azami Hussein, Azizul Shariman Mat Yusof, Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Fikri Abdul Rahman dan Zulmi Sabri. - Bernama








Ustaz sekolah agama dipenjara 18 tahun








klik sini
beliemas.com

Ibu Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki

Ibu Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki





Ibu Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki | Dunia Kini


www.cnjewellery.blogspot.com


SHAH ALAM – Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.


Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.


Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.


Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.


Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.


Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.


“Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini,” katanya.


Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.


“Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi,” katanya.


Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.


Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.


-SINAR HARIAN-



Ibu Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki






klik sini 
beliemas.com

Kami Boikot Buletin Utama TV3

Kami Boikot Buletin Utama TV3





Kami Boikot Buletin Utama TV3
13 jam yang lalu 


Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.


Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.


Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ".. lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah".


"Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: " Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga.. Maka apa guna jadi orang baik?...


Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. Takde siapa yang terima hukuman.


Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"


Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.


Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Kami Boikot Buletin Utama TV3








klik sini
beliemas.com