Thursday 26 January 2012

MUDA...Hafiz Punya Vokal Yang Memukau Serta Perjalanan Seni Yang Kemas.

MUDA...Hafiz punya vokal yang memukau serta perjalanan seni yang kemas.




MUDA...Hafiz Punya Vokal Yang Memukau Serta Perjalanan Seni Yang Kemas.






MEREDAH jauh ke Tasik Chini mengikuti pengembaraan si juara Akademi Fantasia
 (AF) 7, Hafiz, bulan lalu untuk menyiapkan muzik video projek khasnya
 bersama Muzium Negeri Pahang, Kita Satu adalah satu perjalanan penuh warna.

Hafiz laju bercerita sambil menyifatkan setiap apa yang dizahirkan 
sebagai satu pandangan semata-mata.



Namun jauh di hatinya, Hafiz mengakui status selebriti yang
 diheret membuatkan dirinya sentiasa sedar kisah peribadinya 
menjadi tatapan umum walaupun berat untuk jiwanya menerima hakikat itu.

Jelas Hafiz: “Inilah yang saya pelajari sejak awal
 melangkah menjadi penyanyi.



Kisah peribadi bukan lagi rahsia kerana 
setiap gerak-geri sudah menjadi perhatian ramai. 
Lantas jika ada bertanya mengenai perasaan saya
 setiap kali terpalit kontroversi atau kisah negatif,
 saya hanya pasrah dan berharap agar kisah itu lekas hilang,”
 katanya.

Tambah Hafiz yang kini baru berusia 21 tahun, 
dia enggan terus dibabitkan dengan kontroversi percintaannya 
dengan finalis AF, Adira serta pergaduhan yang pernah berlaku
 antaranya dengan seorang ‘pengkid’ yang dikatakan bekas kekasih
 Adira ketika itu.

Namun kini, jiwanya tenang dan lapang.

Entah apa punca dan silapnya, hubungan 
anak kelahiran Kuching, Sarawak ini dengan 
Adira terkandas di tengah jalan.

“Saya tidak mahu lagi berbicara soal cinta, 
apatah lagi apabila mengaitkan lagi saya dengan sesiapa yang
 sebelum ini pernah punya sejarah dengan saya. 
Biarlah yang berlalu itu terus hanyut dan usah lagi
 diimbas kembali kerana saya menganggapnya sebagai
 satu pengajaran yang mematangkan saya,” katanya tersenyum.

Jelas si pemilik nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Suip ini lagi,
 sudah tiba masanya untuk meletakkan sepenuh fokus pada
 kerjaya dan percaturan masa depan tanpa perlu membebankan
 lagi dengan kisah remeh.

“Saya pegang pesan ayah dan ibu, sebelum sibuk menyayangi 
orang lain, perlu ingat akan diri sendiri. Lantas saya
 melihat apa yang pernah dibisikkan kepada saya itu adalah 
benar belaka. Mengapa harus saya memperjudikan diri sendiri
 untuk sesuatu yang belum pasti. Justeru, kini saya lebih berhati-hati 
agar tidak lagi tersilap langkah.

“Namun tidak sekelumit kesal atau terkilan dengan 
apa yang berlaku terutama berkaitan isu cinta dan 
pergaduhan sebelum ini kerana semua itu saya lihat sebagai
 satu pengalaman yang sebenarnya mendewasakan saya. 
Saya selalu bersyukur kerana apa yang berlaku tidak semuanya
 berlaku begitu saja, sebaliknya ia membekas 1,001 pengajaran 
untuk saya lebih matang.

“Kini saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya.
 Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
 Saya seronok dengan apa yang dimiliki hari ini. 
Walaupun masih muda dan baru,
 saya sudah dapat apa yang pernah diimpikan sebelum ini. 
Cuma sekarang saya perlu lebih bekerja keras untuk terus membina
 nama dan profil sebagai seorang penyanyi,” katanya.

Hafiz yang juga anak sulung daripada tiga beradik ini pernah 
diangkat Vokal Terbaik dan seterusnya mendapat tempat ketiga 
pada Anugerah Juara Lagu ke-25 tahun lalu menerusi lagu keramatnya,
 Noktah Cinta.

Malah ketika Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu,
 sekali lagi Hafiz berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik 
Malaysia dan Lagu Terbaik Keseluruhan menerusi lagu Awan Nano.

Jelas Hafiz yang menyifatkan perjalanan kerjayanya sebagai satu 
permulaan utopia indah buatnya, apa yang penting adalah terus 
mengukuhkan nama yang ada serta menguatkan lagi empayar yang
 sudah sedia dibina.

“Saya bersyukur kerana peminat menerima saya seadanya. 
Malah saya berasa amat bertuah kerana sentiasa berpeluang 
bekerja dengan ramai komposer yang hebat serta menyanyikan
 lagu yang indah. Itu satu pencapaian buat saya apabila ramai 
pihak meletakkan kepercayaan kepada saya. Saya fikir ini adalah 
peluang terbaik untuk saya kembangkan kerjaya.

“Sekarang saya menerima pula undangan untuk melebarkan 
sayap jauh ke Indonesia pula selepas ada pihak yang berminat
 untuk memasarkan album saya di sana sebaik melihat kemenangan 
saya ketika di APM lalu. Lagu Awan Nano yang dicipta M Nasir sememangnya
 sebuah lagu yang indah dan sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk nyanyian.

“Saya gembira apabila ada pihak melihat keistimewaan itu.
 Sekarang saya sedang sibuk bersama pihak pengurusan untuk 
mencatur langkah ke seberang kerana inilah ruang terbaik buat 
saya jika ingin bertahan lama. Album saya akan dipasarkan di seluruh 
Indonesia dan jika diberi kesempatan, saya ke sana untuk sebuah
 persembahan pentas nanti.

“Ini satu lagi perancangan yang baik buat saya kerana setidak-tidaknya,
 saya dapat membuktikan sesuatu kepada keluarga dan peminat yang 
tidak henti menyokong selama ini,” katanya yang bersedia memperkenalkan
 Awan Nano dan Noktah Cinta buat peminat di sana.

Setakat ini, Hafiz sudahpun menerima dua lagu sentuhan komposer di sana. 
Impiannya untuk berduet atau bekerjasama dengan idolanya, Giring (Nidji).

“Saya sekarang mengumpul material untuk album baru. Genre
 dan konsepnya masih sama iaitu pop balada yang sememangnya
 menjadi kekuatan kepada saya. Insya-Allah, album terbaru ini 
akan dipasarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini bagi 
mengubati kerinduan peminat yang sering kali bertanya,” katanya.



Trivia Hafiz


Hafiz pernah mengacara program Menuju Puncak di Astro Ria.

Terbabit dalam projek alih suara bahasa Malaysia untuk 
watak Ben Tennyson dalam Ben 10: Alien Swarm.

Terbabit dalam teater KITA The Musical pada 2010.

Menerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori
 Kebudayaan dan Kesenian sempena Majlis Perhimpunan
 Belia Sarawak 2011.

Pertaruhkan lagu Awan Nano pada Anugerah Juara lagu
 ke-26, Ahad ini.



MUDA...Hafiz punya vokal yang memukau serta perjalanan seni yang kemas.








klik sini 
beliemas.com

No comments:

Post a Comment