Thursday 2 February 2012

Allah dan Penerangan



ALLAH
Allah dan Penerangan


Allah ,(Bahasa Arab: الله‎ Allāh, IPA: [ʔalˤːɑːh]  ( listen)), adalah perkataan
 dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Perkataan 
Allah ber asal Dari gabungan Al ilah Ilah bererti Tuhan maka Al dengan 
Ilah hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah 
adalah kata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada 
Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki 
alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah banyak dikenalkan
 didalam ajaran Islam, namun masyarakat Arab Kristian dan Arab 
Yahudi juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat 
Arab Kristian cuba menjauhkan penggunaan perkataan Allah 
dalam kitab suci mereka.[1]
Di Indonesia dan Malaysia, terjemahan Kitab Bible dalam 
bahasa tempatan menggunakan perkataan "Allah" bagi 
menggambarkan God the Father walaupun dalam pengucapan
 seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan
 "Tuhan", "Lord" atau "God".
Dalam terjemahan kitab Bible versi bahasa Melayu contohnya,
 perkataan "Allah" digunakan sebagai ganti kepada perkataan
 Bahasa Inggeris "God", dan ini masih lagi diperdebatkan.
 Impak jangka panjang jika ini dibenarkan adalah sangat
 besar dari apa yang sesetengah orang jangkakan,
 kerana terjemahan lain seperti the Pagan gods atau Zeus,
 King of the God boleh diterjemahkan sebagai allah-allah 
Pagan juga Zeus, Raja Segala Allah.
Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan
 jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau 
dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal
 perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi
 erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun 
terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa
 perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari
 "al" dan "ilaah". Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu 
ialah Tuhan yang Esa.
Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu,
 yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama
 yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh 
umat manusia sebelum kedatangan Muhammad. Islam
 menolak penjelmaan Tuhan di dalam rupa bentuk manusia
 atau sesuatu apa jua pun.








Allah dan Penerangan




klik sini


beliemas.com

No comments:

Post a Comment