Thursday 29 November 2012

Berpelukan di bilik mandi

Berpelukan di bilik mandi 





BELURAN: Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya 
dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci 
menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran 
membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran
 Dua, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak,
 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan 
Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini,
 ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.

Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap 
jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, 
dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika 
kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri.

Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran
 dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak
 bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.


Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan
 berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya
 tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga 
apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.


beliemas.com

No comments:

Post a Comment